13 September 2015

Perasaan yang sedih?

Setelah 2 tahun menghilangkan diri, aku kembali. Dalam tempoh tersebut, aku telah melanjutkan pelajaran ke matrikulasi (2013/2014) dan sekarang aku sedang belajar di UiTM Shah Alam dalam program Kejuruteraan Kimia. Tak sangka dalam tempoh 2 tahun sahaja, aku telah melalui pengalaman belajar di 2 jenis tempat yang berbeza. Berbeza dengan matrikulasi, aku masih belajar di UiTM Shah Alam untuk 3 tahun lagi. Sungguh banyak perkara yang penting berlaku hanya dalam tempoh 2 tahun. Memang benar, masa itu emas dan boleh diisikan dengan banyak perkara yang berfaedah.

Aku tidaklah mahu cerita panjang mengenai kisah pengajianku buat masa ini. Cuma aku ingin berkongsi sebuah muzik video nasyid yang bertajuk Keluarga Bahagia oleh Saujana. Videonya sangat 90'an (1997) dan kadang2 bagi aku kelakar dengan gayanya. Haha maaflah. Tapi sebenarnya lagunya sangat mendalam (bagi aku haha) kerana mampu membuatkan aku berasa sedih. Mungkin kerana lagu ini menyentuh mengenai hal kekeluargaan yang sangat berkaitan dengan diri aku. Namun, tidak perlulah aku cerita mengenai perkara yang sedih dalam blog ini. Aku yakin ada lagi manusia di luar sana yang lebih susah hidupnya berbanding aku. Yang lepas biarlah menjadi kenangan.

Baiklah, tukar cerita gembira pulak. Haha. Selain mampu menimbulkan perasaan janggal(awkward), aku perasan lagu 90'an ada satu persamaan yang istimewa. Iaitu mampu melahirkan perasaan nostalgik (atau sedih?). Aku tak tahulah macam mana benda ni boleh berlaku tapi aku rasa seolah-olah aku pernah berada di zaman akhir 90'an haha. Mungkin aku pernah dengar sewaktu aku kecil? Kadang2 ada lagu yang aku tak pernah dengar masa kecil tapi bila aku dengar, aku terus berasa nostalgik. Ternyata lagu2 90'an mempunyai persamaan di situ. Agaknya 10 tahun nanti lagu2 terkini pulak yang jadi nostalgik di masa hadapan. Akibat berada dalam suasana nostalgik aku mengambil keputusan untuk membuka Facebook dan melihat tulisan aku yang lama2. Dan aku rasa sangat janggal.


No comments:

Post a Comment