25 January 2013

Hubungan antara manusia dengan manusia

Assalamualaikum.

Seperti mana yang korang lihat, blog aku memang tak cantik. Aku peduli apa? Hah. Sebenarnya aku tersangat malas nak 'decorate' blog aku yang amat sadis ini. Apakan daya, aku hanyalah insan biasa yang mempunyai banyak kekurangan. Mungkin kalau aku rajin aku akan 'update' blog aku. MUNGKIN.


Ok, berbalik pada tajuk aku nak bincang pasal suatu konsep yang berkaitan dengan manusia di dunia ini. Bukan konsep 1Malaysia mahupun 1M4U tapi lebih kepada dua perkara iaitu; pemerhati dan diperhatikan. Bunyi macam sial tapi itu sahaja perkataan yang aku mampu fikirkan buat masa ini.

Pemerhati

Manusia yang sedang memerhatikan sesuatu perkara atau objek lain. Contohnya, semasa sedang menunggu makanan kita sampai, kita akan 'usha' persekitaran kita. Lelaki panggil cuci mata. 

Diperhatikan

Manusia atau objek yang dijadikan sasaran oleh golongan pemerhati. Kebiasaannya golongan yang diperhatikan ini tidak mengetahui mereka diperhatikan. Mereka juga tidak boleh berhubung dengan pemerhati disebabkan oleh halangan yang tertentu. Bunyi macam pelik kan?

Baiklah, sekarang ini aku bagi contoh. Bayangkan korang sedang main permainan video (bukan first-person) korang akan dianggap sebagai pemerhati manakala watak permainan yang korang kawal sedang diperhatikan oleh korang. Walaupun korang kawal watak korang secara lansung, tetapi watak tersebut tidak sedar mereka diperhatikan atau dikawal. Seolah-olah korang tidak wujud sama sekali. Tetapi pada masa yang sama korang dapat lihat dengan jelas watak tersebut. Perkara ini berlaku kerana adanya halangan.

Halangan

Dalam pandangan aku, halangan yang aku maksudkan ialah suatu perkara yang tidak wujud dari segi fizikal mahupun mental. Ini kerana halangan tersebut hanya lah sebagai pemisah atau sempadan di antara dimensi kita (pemerhati) dan dimensi yang berbeza (permainan video). Disebabkan halangan inilah menyebabkan watak tersebut tidak boleh berhubung dengan kita. Tetapi sebaliknya, kita boleh mengawal mereka. Ini menunjukkan kita hidup dalam dimensi yang lebih tinggi berbanding mereka.

Jadi apa kaitan dengan hubungan sesama manusia? Dalam dunia ini, kita hidup sebagai manusia yang berakal dan mempunyai darjat yang sama. Maka, bukan sahaja kita hidup dalam tiga dimensi tetapi juga dalam suatu ruang yang berbeza dan lebih istimewa daripada hidupan lain. Kerana itu, kita diberi amanah sebagai khalifah di muka bumi ini. Oleh itu, konsep pemerhati-diperhatikan boleh diabaikan sesama manusia. Maksudnya, jika kita mahu jadi pemerhati kita akan/tidak diperhatikan pada masa yang sama. Ini berlaku disebabkan kurangnya halangan dek kerana tidak wujud perbezaan dari segi dimensi sesama manusia.

Pening betul karangan aku kali ini. Aku rasa sampai di sini sahaja.

Salam Maulidur Rasul!!!

No comments:

Post a Comment