16 February 2012

Cinta

Assalamualaikum

love.jpg

Hari ni aku nak tulis pasal sesorang yang aku suka. Pertama sekali aku mengaku yang aku ni F.A.G. (Forever Alone Guy). Maksudnya hidup aku ni keseorangan. Tapi, aku sedar yang aku masih ada kawan yang baik dan banyak membantu aku di sekolah. Orang yang aku suka itu sama kelas dengan aku masa tingkatan 4 2011. Sekarang dia sama kelas dengan aku jugak tingkatan 5 2012. Nama dia bermula dengan huruf 'F'. Aku tak tahu kenapa aku suka dia. Mungkin kerana senyumannya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Cuma, sebagai lelaki aku tidak ada keberanian untuk mencurahkan perasaan aku pada dia. Aku kurang keyakinan sebab rupa paras aku tidak menarik. Selain itu, biasanya cinta monyet ni tidak akan bertahan lama pun. Jadi, aku rasa sia-sia sahaja kalau aku beritahu perasaan aku pada si dia sekarang ini. Aku harap dia berjumpa dengan jejaka yang sepadan dengannya suatu hari nanti. Semoga hidupnya bahagia sampai ke akhir hayat.

P.S.: Post kali ni tidak ada kena mengena dengan Valentine's Day. OK?

No comments:

Post a Comment