24 December 2012

Sedih oleh Tsara Nabilla

Aku tak pasti nak menangis atau gelak semasa menonton video ini. Hmm.. Tekan ini untuk menonton lebih banyak video beliau.

07 December 2012

Gambar-gambar bergerak

Aku gemar melayari Internet. Semasa menonton video di YouTube aku terjumpa suatu 'channel' yang menarik. Namanya Vsauce. Dalamnya ada banyak video yang menarik dan senggama minda. Contohnya fakta-fakta sains yang menakjubkan, gambar-gambar yang lucu, dan cerita-cerita yang gempak. Kalau ada masa cuba cari di YouTube atau tekan di sini. Harus diingatkan semua video dalam bahasa Inggeris jadi buat-buat faham je la.

Seterusnya perkara ini khusus bagi mereka yang gila matematik. Huhu. Cuba cari kat YouTube nama Numberphile atau boleh tekan ini. Di sini, korang boleh belajar macam-macam mengenai nombor dan perkara-perkara yang menarik mengenainya. Hati-hati jangan sampai pening pula! Seperti biasa, video dalam bahasa Inggeris.

Apa? Tak faham? Sebenarnya banyak 'channel' yang dibuat oleh rakyat tempatan. Contohnya Amanz Network. Walaupun tak terkenal tetapi aku suka laman tersebut. Sangat menarik dan ringkas. Tekan ini untuk buka Amanz Network di YouTube tersebut.

Selamat menonton!

16 February 2012

Cinta

Assalamualaikum

love.jpg

Hari ni aku nak tulis pasal sesorang yang aku suka. Pertama sekali aku mengaku yang aku ni F.A.G. (Forever Alone Guy). Maksudnya hidup aku ni keseorangan. Tapi, aku sedar yang aku masih ada kawan yang baik dan banyak membantu aku di sekolah. Orang yang aku suka itu sama kelas dengan aku masa tingkatan 4 2011. Sekarang dia sama kelas dengan aku jugak tingkatan 5 2012. Nama dia bermula dengan huruf 'F'. Aku tak tahu kenapa aku suka dia. Mungkin kerana senyumannya? Hanya Allah sahaja yang tahu. Cuma, sebagai lelaki aku tidak ada keberanian untuk mencurahkan perasaan aku pada dia. Aku kurang keyakinan sebab rupa paras aku tidak menarik. Selain itu, biasanya cinta monyet ni tidak akan bertahan lama pun. Jadi, aku rasa sia-sia sahaja kalau aku beritahu perasaan aku pada si dia sekarang ini. Aku harap dia berjumpa dengan jejaka yang sepadan dengannya suatu hari nanti. Semoga hidupnya bahagia sampai ke akhir hayat.

P.S.: Post kali ni tidak ada kena mengena dengan Valentine's Day. OK?