16 December 2011

Video Senggama Minda (18+)

Cuba tonton video di bawah ini dengan penuh teliti:-



Dah tengok? Bagus.
Sumber:- www.cyriak.co.uk

12 December 2011

Pembaharuan Secara Rawak

Assalamualaikum

Hari ini aku telah membuat satu template blog yang baru. Sebenarnya dah banyak kali aku cari tapi rasanya yang template ini sesuai bagi aku. Sejujurnya aku tidak suka sangat dengan template yang baru ini. Buat masa ini aku akan gunakan template ini. Harap-harap dapatlah aku cari template yang lebih cantik.

Aku rasa dah lama aku tak kemaskini blog aku. Sememangnya aku seorang yang pemalas tahap Paladin level 80 itu tidak dapat dinafikan. Jadi, sempena hari baik bulan baik aku pun menggerakkan tubuh badanku ini untuk mengemaskini blog aku. Lagipun bulan cuti aku berada dalam zon membosankan yang teramat sangat nian. Maka untuk melepaskan kebosanan ini aku pun buka blog aku yang comel ini! (#sarcasm)

Macam-macam benda yang aku nak tulis tapi aku rasa malas. Mungkin kerana jejari runcingku ini tidak biasa menaip di atas papan kekunci QWERTY? Mungkin gerak hatiku merasakan bahawa bukan masanya untuk aku menulis? Mungkin terdapat hikmah disebalik semua ini? Atau mungkin kerana aku pemalas. Misteri aku tidak mengemaskini blog adalah sesuatu yang memeranjatkan. Masakan tidak seorang remaja yang menggemari lagu karya Beethoven langsung tidak peduli akan blog kepunyaannya? Sehingga kini ramai yang tertanya-tanya. Adakah si penulis sudah bersara? Adakah dia mahu mencari ketenangan? Atau dia sangat malas? Tidak ada sesiapa yang akan tahu.

Kadangkala aku teringin nak jadi seorang pemimpin negara. Macam Perdana Menteri kita, Encik Najib Razak. Malangnya aku mengambil aliran sains dan peluang untuk menjadi ahli politik adalah amat tipis. Tujuan aku nak menjadi pemimpin adalah untuk mengembangkan pemikiran rakyat Malaysia. Terutamanya orang Melayu. Dari pandangan aku, orang Melayu masih ketinggalan dari semua aspek. Terus terang aku cakap. Sebab itulah aku rasa keperluan sebagai manusia biasa untuk membentuk semula cara hidup masyarakat di Malaysia ini. Langkah ini amat penting sekali kerana di rantau Asia Tenggara Malaysia antara negara yang boleh menjadi pemangkin kepada negara lain. Boleh dikatakan seluruh rakyat di Asia Tenggara mengharap negara ini melakar sesuatu yang boleh dijadikan contoh untuk memajukan negara mereka.

Tetapi untuk melakukan perubahan sesuatu bangsa itu akan mempertaruhkan sesuatu yang selama ini menjadi adat dan budaya. Sama ada pakaian, makanan, bahasa atau agama. Dan hanya masa yang menentukan apa yang akan ditaruhkan oleh rakyat Malaysia untuk mencapai kemajuan. Sebagai contoh, kita lihat bagaimana pemerintah Jepun melihat ke arah barat untuk memodenkan rakyatnya. Mereka telah melakukan banyak perubahan drastik yang terpaksa mereka terima untuk menjadi maju. Dari pendidikan, ekonomi, pakaian semuanya telah diubahsuai untuk memastikan Jepun sentiasa maju. Hasilnya kita boleh lihat sekarang.

p/s: Adakah kita bersedia untuk melakukan perubahan secara besar-besaran?