09 March 2011

Kebetulan?

klcc.jpg

Assalamualaikum

Hari ini aku nak luahkan pendapat aku mengenai satu teori yang aku terfikir. Betulkah sesuatu itu kebetulan? Maksud aku adakah setiap perkara yang berlaku secara 'tak sengaja' adalah kebetulan? Atau sudah ditakdirkan? Pada mulanya aku menyangkakan sesetengah perkara itu berlaku secara kebetulan tetapi makin lama aku mendapati perkara tersebut seolah-olah telah ditakdirkan untuk aku. Bunyi macam mengarut! Atau tidak? Hehe.

Kalau korang tak faham aku akan bagi situasi. Andaikan suatu hari seorang kawan yang tidak beberapa rapat meminjam wang daripada kita. Kemudian, tanpa mengharapkan apa-apa balasan kita meminjamkannya. Beberapa hari selepas itu, kita terdesak memerlukan wang tetapi tidak tahu hendak meminta tolong daripada siapa. Puas mencari jalan tetapi tidak mendatangkan hasil. Tiba-tiba datang seorang kawan yang tidak beberapa kenal menghulurkan wang sebagai tanda membayar balik hutang. Akhirnya, masalah selesai!!

pic001.jpg

Cuba kita fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak menolong kawan kita yang kesusahan itu? Sudah tentu diri kita juga akan kesusahan! Jadi, sejak hari itu aku sentiasa memikirkan bagaimana wujudnya pemboleh-ubah yang kita tidak dapat jangkakan ini. Apakah kita ini sebagai manusia yang kompleks boleh meramal hidup kita? Bolehkah kita mengelak daripada nasib yang malang?

Sebab itu, aku sentiasa menasihati diri aku agar sentiasa bersedia secukupnya untuk menghadapi hidup yang mencabar ini. Aku sedar aku tidak layak untuk menjadi manusia terhebat di bumi ini. Terutamanya bagi remaja yang berumur 16 tahun seperti aku. Soalan-soalan ini sering bermain di fikiranku. Mampukah aku mencapai cita-cita aku? Siapakah aku pada masa hadapan nanti? Adakah aku akan berjaya kelak? Semuanya boleh dicapai jika dengan persediaan yang lengkap-dunia dan akhirat.