06 January 2011

Luahan Seorang Remaja

Assalamualaikum

Tahun 2010 telah meninggalkan kita semua. Dalam tahun yang mengikut pengiraan peredaran bumi yang membuat satu pusingan lengkap mengelilingi matahari ini saya berasa amat teruja untuk tahun 2011. Ya, 2011. Tahun yang membuat saya ketakutan. Perasaan yang menakutkan ini adalah SPM. Walaupun saya baru masuk Tingkatan 4, saya seolah-olah sudah dapat merasai bahang yang akan melanda diri saya dalam masa lebih 600 hari lagi. Tidak dapat dinafikan, SPM menentukan kerjaya seseorang selepas keluar daripada sekolah menengah suatu hari nanti. Walaubagaimanapun, tanpa usaha seseorang itu tak mungkin dapat mengejar impian yang di idam-idamkan. Kerana masa depan kita hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kita mesti bekerja keras dalam mencapai cita-cita kita. Sijil sebenarnya tak lebih sebagai syarat untuk mencari peluang mencari rezeki di bumi Allah ini. Selepas itu, pandai-pandai kita lah hidup di dunia yang penuh cabaran, dugaan dan ujian.

Di dalam hati saya ini, jauh ke dasarnya terdapat suatu memori yang tidak akan dapat di jumpai dalam otak saya. Memori tersebut merupakan cebisan kenangan yang tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang. Mungkin saya dapat melupakannya, mungkin tidak. Memori tersebut merupakan perasaan saya sebagai manusia yang memerlukan cinta sesama manusia di atas ikatan yang sah. Namun, hasrat saya untuk meluahkannya gagal. Kali pertama saya mengalami perasaan tersebut adalah sewaktu saya berumur 12 tahun. Waktu yang amat muda bagi saya dan masih tercari-cari makna kehidupan. Nama si dia malas saya nak tulis. Kenapa nak dirahsiakan? Nanti kalau dia baca blog saya? Baiklah, dia adalah anak Azmi. Apabila memandang anak Azmi, saya seakan menerawang ke alam lain. Bukan alam barzakh mahupun 2 Alam tapi ke alam fantasi. Benar lah kata orang "cinta itu adalah buta" dan definisi buta itu menggambarkan cinta itu boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, cinta ini bukan yang saya inginkan. Cinta adalah kekal tetapi cinta monyet tidak. Cinta yang saya mahukan adalah nikah yang sah. Itu sahaja cinta saya.

Saya berharap Allah akan menemukan jodoh saya dengan wanita yang solehah.

P/S: Keputusan PMR saya amat membanggakan. Saya dapat 8A 1B. :-D