16 December 2011

Video Senggama Minda (18+)

Cuba tonton video di bawah ini dengan penuh teliti:-



Dah tengok? Bagus.
Sumber:- www.cyriak.co.uk

12 December 2011

Pembaharuan Secara Rawak

Assalamualaikum

Hari ini aku telah membuat satu template blog yang baru. Sebenarnya dah banyak kali aku cari tapi rasanya yang template ini sesuai bagi aku. Sejujurnya aku tidak suka sangat dengan template yang baru ini. Buat masa ini aku akan gunakan template ini. Harap-harap dapatlah aku cari template yang lebih cantik.

Aku rasa dah lama aku tak kemaskini blog aku. Sememangnya aku seorang yang pemalas tahap Paladin level 80 itu tidak dapat dinafikan. Jadi, sempena hari baik bulan baik aku pun menggerakkan tubuh badanku ini untuk mengemaskini blog aku. Lagipun bulan cuti aku berada dalam zon membosankan yang teramat sangat nian. Maka untuk melepaskan kebosanan ini aku pun buka blog aku yang comel ini! (#sarcasm)

Macam-macam benda yang aku nak tulis tapi aku rasa malas. Mungkin kerana jejari runcingku ini tidak biasa menaip di atas papan kekunci QWERTY? Mungkin gerak hatiku merasakan bahawa bukan masanya untuk aku menulis? Mungkin terdapat hikmah disebalik semua ini? Atau mungkin kerana aku pemalas. Misteri aku tidak mengemaskini blog adalah sesuatu yang memeranjatkan. Masakan tidak seorang remaja yang menggemari lagu karya Beethoven langsung tidak peduli akan blog kepunyaannya? Sehingga kini ramai yang tertanya-tanya. Adakah si penulis sudah bersara? Adakah dia mahu mencari ketenangan? Atau dia sangat malas? Tidak ada sesiapa yang akan tahu.

Kadangkala aku teringin nak jadi seorang pemimpin negara. Macam Perdana Menteri kita, Encik Najib Razak. Malangnya aku mengambil aliran sains dan peluang untuk menjadi ahli politik adalah amat tipis. Tujuan aku nak menjadi pemimpin adalah untuk mengembangkan pemikiran rakyat Malaysia. Terutamanya orang Melayu. Dari pandangan aku, orang Melayu masih ketinggalan dari semua aspek. Terus terang aku cakap. Sebab itulah aku rasa keperluan sebagai manusia biasa untuk membentuk semula cara hidup masyarakat di Malaysia ini. Langkah ini amat penting sekali kerana di rantau Asia Tenggara Malaysia antara negara yang boleh menjadi pemangkin kepada negara lain. Boleh dikatakan seluruh rakyat di Asia Tenggara mengharap negara ini melakar sesuatu yang boleh dijadikan contoh untuk memajukan negara mereka.

Tetapi untuk melakukan perubahan sesuatu bangsa itu akan mempertaruhkan sesuatu yang selama ini menjadi adat dan budaya. Sama ada pakaian, makanan, bahasa atau agama. Dan hanya masa yang menentukan apa yang akan ditaruhkan oleh rakyat Malaysia untuk mencapai kemajuan. Sebagai contoh, kita lihat bagaimana pemerintah Jepun melihat ke arah barat untuk memodenkan rakyatnya. Mereka telah melakukan banyak perubahan drastik yang terpaksa mereka terima untuk menjadi maju. Dari pendidikan, ekonomi, pakaian semuanya telah diubahsuai untuk memastikan Jepun sentiasa maju. Hasilnya kita boleh lihat sekarang.

p/s: Adakah kita bersedia untuk melakukan perubahan secara besar-besaran?

09 March 2011

Kebetulan?

klcc.jpg

Assalamualaikum

Hari ini aku nak luahkan pendapat aku mengenai satu teori yang aku terfikir. Betulkah sesuatu itu kebetulan? Maksud aku adakah setiap perkara yang berlaku secara 'tak sengaja' adalah kebetulan? Atau sudah ditakdirkan? Pada mulanya aku menyangkakan sesetengah perkara itu berlaku secara kebetulan tetapi makin lama aku mendapati perkara tersebut seolah-olah telah ditakdirkan untuk aku. Bunyi macam mengarut! Atau tidak? Hehe.

Kalau korang tak faham aku akan bagi situasi. Andaikan suatu hari seorang kawan yang tidak beberapa rapat meminjam wang daripada kita. Kemudian, tanpa mengharapkan apa-apa balasan kita meminjamkannya. Beberapa hari selepas itu, kita terdesak memerlukan wang tetapi tidak tahu hendak meminta tolong daripada siapa. Puas mencari jalan tetapi tidak mendatangkan hasil. Tiba-tiba datang seorang kawan yang tidak beberapa kenal menghulurkan wang sebagai tanda membayar balik hutang. Akhirnya, masalah selesai!!

pic001.jpg

Cuba kita fikirkan apa yang akan terjadi sekiranya kita tidak menolong kawan kita yang kesusahan itu? Sudah tentu diri kita juga akan kesusahan! Jadi, sejak hari itu aku sentiasa memikirkan bagaimana wujudnya pemboleh-ubah yang kita tidak dapat jangkakan ini. Apakah kita ini sebagai manusia yang kompleks boleh meramal hidup kita? Bolehkah kita mengelak daripada nasib yang malang?

Sebab itu, aku sentiasa menasihati diri aku agar sentiasa bersedia secukupnya untuk menghadapi hidup yang mencabar ini. Aku sedar aku tidak layak untuk menjadi manusia terhebat di bumi ini. Terutamanya bagi remaja yang berumur 16 tahun seperti aku. Soalan-soalan ini sering bermain di fikiranku. Mampukah aku mencapai cita-cita aku? Siapakah aku pada masa hadapan nanti? Adakah aku akan berjaya kelak? Semuanya boleh dicapai jika dengan persediaan yang lengkap-dunia dan akhirat.

05 February 2011

Perkara yang tidak disangka berlaku!

Assalamualaikum...

Hari ini aku telah melakukan dua perkara yang sangat drastik. Yang pertama, aku telah berhenti main Mafia Wars. Bagi sesiapa yang tidak tahu game ini die lebih kurang macam FarmVille. Misi aku untuk dapat level 300 dah selesai walaupun agak terlambat. Mafia size pun dah capai 501+.. Huhu. Tapi aku ambil keputusan untuk berhenti bermain. Kenapa? Sebab hidup aku menjadi tidak tentu arah sejak bermain game tersebut. Wah biar betul? Hehe.. Hmm.. Yang kedua adalah aku telah menutup akaun Myspace aku. Huhu :'( Aku rasa aku kena fokus dengan tingkatan 5 nanti. Walaupun aku baru tingkatan 4, aku kena mula berlatih dari sekarang. Hmm.. Aku harap aku dapat mencapai cita-cita aku...

04 February 2011

Classical Metal FTW

Ok post kali aku buat sebab Mixpod dah jadi macam haram! Music Dumper pun macam celaka! Gila doh aku tengah marah.. Tapi aku ganti dengan video yang akan membuat punggungmu tidak senang duduk. XD Huhuhu. Aku harap aku dapat cari music player yang baru. Haish manalah aku nak cari...

Oh video tersebut betul-betul kat atas post ni. Layan ^_^

Update:-9/3/2011 Aku letak video baru kat sebelahnya.
Update:-11/7/2011 Aku dah buang video tu tapi link masih ada.

Link:- Classical Metal
Link:- Fur Elise

01 February 2011

ATI Radeon milik Malaysia?

Ok tujuan aku tulis blog ni sebab kakak aku mula-mula buat blog. Jadi, aku sebagai adik mestilah ikut jejak langkah kakak aku kan? Lepas buat blog, terus tulis post yang pertama. Kemudian, blog ini langsung tidak dikemaskini. Huhu. Aku sebenarnya tak minat langsung pun nak buat blog. Tapi ada satu perkara yang menyebabkan aku kuatkan semangat untuk menulis blog. Iaitu perkara yang korang tidak tahu mengenai blog.

emas.jpg

Aku bagi satu contoh:-Facebook. Korang pernah tak terfikir apa yang menyebabkan Mark Zuckerberg kaya-raya? Jawapannya. Iklan. Atau advertisement. Korang perasan tak masa tengah menggunakan aplikasi, ada iklan kat tepi Facebook tu? Sebenarnya setiap kali korang klik, mereka akan mendapat 10 sen. Nampak macam tak menguntungkan? Salah. Cuba korang bayangkan kalau semua rakyat Malaysia(andaikan semua ada akaun) klik iklan tersebut dalam sehari. Berapa Mark dapat agaknya? Seringgit? 100? Itu baru sehari, sebulan ada 30 hari. Setahun ada 356 hari. Itu baru Malaysia, negara lain? Cubalah kali sendiri. Tak percaya? Hehe suka hatilah.

ati_radeon_9600.jpg

Hmm.. Aku sebenarnya dah lama mengidam-idamkan kad grafik. Pilih pun dah. Jenama macam tajuk kat atas tu. Model ATI Radeon 9600. Harga RM 90. Mesti korang pelik kenapa beli yang cikai punya? Sebab komputer aku versi lama. Jadi pakai yang lama lah. Antara Nvidia dengan ATI? Of course lah ATI.. Kenapa? Sebab Nvidia syarikat Yahudi.. Hohoho. Intel pun sama.. ATI pengasasnya orang Korea tapi diambil alih oleh AMD sebuah syarikat yang mengeluarkan barangan elektronik khususnya komputer. Jadi, apa kaitan tajuk dengan post kali ini? Tak ada kaitan pun. Hehe. Tak lah, saya suka-suka mempromosi AMD sebab ada cawangannya di Malaysia. Jadi, semua rakyat Malaysia dapat membeli produk mereka yang bagus ini. Baiklah Assalamualaikum. Selamat tinggal dan jumpa lagi.

06 January 2011

Luahan Seorang Remaja

Assalamualaikum

Tahun 2010 telah meninggalkan kita semua. Dalam tahun yang mengikut pengiraan peredaran bumi yang membuat satu pusingan lengkap mengelilingi matahari ini saya berasa amat teruja untuk tahun 2011. Ya, 2011. Tahun yang membuat saya ketakutan. Perasaan yang menakutkan ini adalah SPM. Walaupun saya baru masuk Tingkatan 4, saya seolah-olah sudah dapat merasai bahang yang akan melanda diri saya dalam masa lebih 600 hari lagi. Tidak dapat dinafikan, SPM menentukan kerjaya seseorang selepas keluar daripada sekolah menengah suatu hari nanti. Walaubagaimanapun, tanpa usaha seseorang itu tak mungkin dapat mengejar impian yang di idam-idamkan. Kerana masa depan kita hanya Allah sahaja yang mengetahui. Kita mesti bekerja keras dalam mencapai cita-cita kita. Sijil sebenarnya tak lebih sebagai syarat untuk mencari peluang mencari rezeki di bumi Allah ini. Selepas itu, pandai-pandai kita lah hidup di dunia yang penuh cabaran, dugaan dan ujian.

Di dalam hati saya ini, jauh ke dasarnya terdapat suatu memori yang tidak akan dapat di jumpai dalam otak saya. Memori tersebut merupakan cebisan kenangan yang tidak dapat saya lupakan sehingga sekarang. Mungkin saya dapat melupakannya, mungkin tidak. Memori tersebut merupakan perasaan saya sebagai manusia yang memerlukan cinta sesama manusia di atas ikatan yang sah. Namun, hasrat saya untuk meluahkannya gagal. Kali pertama saya mengalami perasaan tersebut adalah sewaktu saya berumur 12 tahun. Waktu yang amat muda bagi saya dan masih tercari-cari makna kehidupan. Nama si dia malas saya nak tulis. Kenapa nak dirahsiakan? Nanti kalau dia baca blog saya? Baiklah, dia adalah anak Azmi. Apabila memandang anak Azmi, saya seakan menerawang ke alam lain. Bukan alam barzakh mahupun 2 Alam tapi ke alam fantasi. Benar lah kata orang "cinta itu adalah buta" dan definisi buta itu menggambarkan cinta itu boleh terjadi kepada sesiapa pun. Namun, cinta ini bukan yang saya inginkan. Cinta adalah kekal tetapi cinta monyet tidak. Cinta yang saya mahukan adalah nikah yang sah. Itu sahaja cinta saya.

Saya berharap Allah akan menemukan jodoh saya dengan wanita yang solehah.

P/S: Keputusan PMR saya amat membanggakan. Saya dapat 8A 1B. :-D