20 November 2010

Malam Yang Indah

Aku x tau nak buat apa sebenarnya. Bosan duduk kat rumah ni. Bangun pagi2 solat Subuh lepas tu terus tidur. Bangun2 je dah tengah hari. :-P haha. Apa2 pun aku mandi dulu kemudian turun bawah. Tengok2 kat meja ada pisang goreng. Humm.. Banyak pulak tu. Aku pun makan la. Mak aku yang masak pisang goreng tu. Maklumlah ayah aku bawak balik banyak pisang dari surau. Kalau tak makan nanti membazir pulak. Membazir kan amalan Syaitan.. huhu.

Disebabkan aku lambat update blog, jadi aku nak mengucapkan,

Selamat Hari Raya Adiladha.

Sempena hari yang penuh berkat ini, marilah kita sama2 memantapkan ketakwaan kita dan meninggalkan larangannya. Hehehe...

Oklah nak cerita pasal semalam pulak.Kakak aku sekarang sedang melanjutkan pelajaran di Cairo University selama 6 tahun. Dia ambil perubatan jadi sebab tu ambil masa agak lama. Semalam kakak aku chat ngan aku gune video call kat laptop kawan dia. Gembira sungguh kakak aku. Mak aku pun join sekali. Lama gak kakak aku borak2 dengan mak. Entah apa yang kakak aku cerita xtau ar. Hehehe. Rasanya berbincang pasal nak pergi Haji kot. Mak aku cakap kalau boleh mak nak satu keluarga pergi Haji. Tapi xtau bila. Harap2 Allah bagi rezeki agar kami dapat pergi Haji.

Malam semalam x boleh tido langsung. Panas giler terlalu sungguh amat nian sangat! Gara-gara ketiadaan cas elektron untuk menggerakkan kipas akibatnya menjadikan bilik tidur menjadi sauna. Memang sengaja TNB potong 'karan' sebab ada kaitan dengan politik. Mungkin?? Tapi sekejap je. 3 jam je.. Oklah sampai disini sahaja post aku. Wassalam!

No comments:

Post a Comment